Saturday, October 8, 2022

Tiada istilah selesa, GPS sentiasa kerja keras

Secara Rawak

KUCHING: Tiada istilah selesa dengan kedudukan, sebaliknya akan terus bekerja keras untuk memastikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menang dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) kelak.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata tidak kira berapa penjuru pertandingan akan berlangsung di setiap kawasan, mana-mana calon berhak untuk menyertai.

“Inilah amalan demokrasi sesiapa sahaja boleh bertanding di mana-mana kawasan.. di Semariang sendiri saya tidak tahu berapa penjuru kelak.

“Kita tunggu sehingga penamaan calon, siapa-siapa pun lawan kita bertanding secara baik,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan PEKEMA Peduli di Dewan Cenderawasih Semariang di sini semalam.

Sementara itu ditanya penggunaan lambang burung kenyalang pada logo Parti Bumi Kenyalang (PBK) yang mungkin menimbulkan kekeliruan kepada pengundi, Hasidah berkata perkara itu akan dibincangkan dengan teliti.

“apa yang penting, logo burung kenyalang GPS lebih hebat.

“Ini antara perkara penting yang akan diambil kira semasa kempen kelak, kita yakin pengundi sudah matang dan tahu serta mengenali logo kita (GPS) dan mereka akan menyokong apa yang telah dilakukan oleh kerajaan,” katanya.

Untuk rekod, Hasidah memenangi kerusi DUN Semariang untuk dua penggal pada PRN10 (2011) dan PRN11 (2016).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru