Tuesday, June 28, 2022

Pertandingan lima penjuru dijangka di  N57 Tellian

Secara Rawak

MUKAH: Siapakah calon N57 Tellian?

Inilah teka-teki yang  kini hangat diperkatakan dalam kalangan penduduk bagi kerusi majoriti Melanau  dalam beberapa hari ini ketika hari mesyuarat  khas SPR semakin dekat.

SPR akan mengadakan mesyuarat pada Rabu depan bagi menetapkan tarikh penamaan calon, pengundian awal dan hari pengundian.

Dijangka hari penamaan calon adalah pada 6 Disember manakala hari pengundian 18 Disember.

Persoalannya, adakah penyandang Yussibnosh Balo akan mempertahankan kerusinya?

Atau beliau akan digugurkan atau memberi laluan kepada calon muka baharu?

Bagi pengamat politik akar umbi di sini, jawapannya masih lagi kabur.

Segalanya kini di tangan Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Di tengah-tengah pelbagai spekulasi yang semakin memuncak itu, yang pasti kerusi itu dijangka bakal menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Menurut pemerhati politik akar umbi, PKR, PSB, Parti Bumi Kenyalang (PBK), dan sekurang-kurangnya seorang calon Bebas, selain GPS akan bertempur di kerusi berkenaan.

Pelbagai nama disebut-sebut oleh penduduk di sni termasuk di kedai kopi.

Antaranya, bekas pegawai kerajaan, ahli perniagaan, pegawai kerajaan,  termasuk wanita.

Dalam PRN-11, Yussibnosh menewaskan calon PKR, Asini Yahya dengan majoriti 4,421 undi.

Beliau meraih 5,087 undi manakala lawan politiknya mendapat hanya 666 undi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru