Friday, December 3, 2021

Perompak tembak diri sendiri

Secara Rawak

DURBAN: Satu insiden rompakan di sebuah bandar di Durban menyebabkan orang ramai menggeleng kepala dengan telatah si perompak.

Seorang jurucakap dari Netcare 911, Shawn Herbst memberitahu pasukan mereka diminta datang ke lokasi insiden tembakan di
Kenilworth sekitar 7 pagi waktu tempatan.

“Laporan awal menunjukkan seorang lelaki dewasa ditembak di kepala dan dada semasa rompakan oleh lelaki bersenjata.

“Selepas melepaskan tembakan, suspek cuba melarikan diri dengan berjalan kaki, dan ketika itulah dia menembak dirinya sendiri di bahagian paha,” kata Herbst.

Menurut IoL news, mangsa dan suspek kedua-duanya dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut dan polis memulakan siasatan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru