Sunday, July 3, 2022

Masjid, surau di Simunjan terima sumbangan 

Secara Rawak

SIMUNJAN: Enam masjid dan lapan surau di  Zon Sungai Apin dan Zon Simunjan Proper menerima sumbangan dana daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar bagi membantu menjalankan aktiviti keagamaan.

Sumbangan sebanyak RM100,000 tersebut telah disampaikan oleh Mantan ADUN Simunjan yang juga Ketua Cawangan Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Simunjan, Awla Dris dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Rumah Rehat Sri Simunjan, pada Khamis.

Sejumlah RM60,000 disumbangkan kepada enam buah masjid yang mana setiap masjid menerima RM10,000, manakala sejumlah RM40,000 disumbangkan kepada lapan surau dengan setiap surau menerima RM5,000.

Hadir sama dalam majlis ringkas itu,Timbalan Ketua Cawangan PBB Simunjan,Bojeng Ali, Ketua Pergerakan Wanita Cawangan PBB Simunjan,Rosita Poni, Penghulu Ahmad Dol Simpol serta beberapa wakil daripada masjid dan surau.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru