Saturday, December 4, 2021

Masjid, surau di Simunjan terima peruntukan

Secara Rawak

SIMUNJAN: Beberapa buah masjid dan surau Zon 4 Rangawan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Simunjan telah menerima peruntukan dengan jumlah keseluruhan RM50,000.

Tiga buah masjid iaitu Masjid Darul Rahman Kampung Rangawan, Masjid Darul Muhsinin Kampung Sungai Putin dan Masjid Darul Salam yang masing-masing menerima RM10,000.

Sambil empat buah surau yang turut menerima peruntukan masing-masing RM5,000 iaitu Surau Darul Iman Ulu Terasi, Kampung Terasi Besar, Surau Sinar Islam Kampung Rangawan Ulu, Surau Hidayatusolihin Kampung Terasi Ulu dan Surau Darul Iman Kampung Rangkang.

Majlis penyerahan geran tersebut telah disempurnakan penyandang kerusi DUN N.25 Simunjan, Awla Dris.

Menurut Awla, dengan adanya peruntukan tersebut dapat membolehkan jawatankuasa masjid dan surau terbabit melaksana program serta aktiviti keagamaan masing-masing.

“Kita percaya adanya peruntukan ini dapat membolehkan jawatankuasa masjid mahupun surau-surau terbabit melaksana aktiviti keagamaan yang dalam perancangan mereka,” tegas Awla.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru