Friday, December 3, 2021

Lembu lari dari pusat sembelihan, “main” gelonsor di kolam renang

Secara Rawak

RIO DE JANEIRO: Telatah seekor lembu yang lari dari pusat penyembelihan dilihat menaiki gelonsor, mencuit hati orang ramai melihatnya.

Lembu seberat 700 paun itu, yang dipilih untuk disembelih di sebuah ladang lembu berjaya lolos dan memasuki kolam renang terbuka berhampiran.

Setibanya di situ, lembu itu menaiki gelonsor air di taman tersebut.

Aksinya dirakam pengunjung yang kemudian memuat naik video tersebut di media sosial.

Menurut New York Post, selepas videonya tular, lembu yang diberi nama Tobogã bermaksud ‘gelonsor’ dalam bahasa Portugis itu tidak jadi disembelih, sebaliknya dijadikan sebagai haiwan peliharaan keluarga oleh pemilik taman tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru