Friday, December 3, 2021

Wanita dijadikan “tebusan” seekor possum

Secara Rawak

DUNEDIN: Seorang wanita terpaksa meminta bantuan polis selepas dia mendapati dirinya “ditawan” oleh seekor possum di kediamannya.

Pelajar pasca siswazah Universiti Otago itu berkata, dia mengeluarkan barangan dari kereta di kediamannya di Dunedin apabila dia merasakan sesuatu memegang kakinya.

“Saya menariknya dari saya, menyangka ia kucing, dan kemudian saya mendapati ia seekor possum,” kata wanita itu kepada Otago Daily Times.

Dia terus berlari masuk ke rumahnya, namun setiap kali apabila dia cuba keluar, possum itu muncul semula dan menyerangnya.

Berikutan itu dia menghubungi pihak berkuasa untuk membantu menghalau haiwan tersebut.

Apabila pegawai datang ke rumahnya dan bercakap dengannya melalui tingkap, possum itu tiba-tiba memanjat kaki pegawai tersebut.

Pegawai itu berjaya menenangkan haiwan tersebut dengan menggunakan pancaran lampu suluhnya ke arah matanya.

Ia kemudian diletakkan di dalam kotak dan diberikan beberapa makanan haiwan kering sebelum dibawa ke hutan semula.

Menurut seorang pegawai, tingkah laku possum itu agak luar biasa dan percaya haiwan itu mungkin pernah dipelihara sebagai haiwan peliharaan atau mungkin baru sahaja dipisahkan daripada ibunya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru