Saturday, January 22, 2022

PRN Sarawak: GPS tampilkan calon muda

Secara Rawak

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengetengahkan calon muda untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Perkara itu diakui sendiri pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang disifatkan sebagai pendedahan awal mengangkat golongan muda dalam kepimpinan parti.

Memang saya akui kita (GPS) akan memperkenalkan satu, dua atau tiga orang muda bertanding dalam pilihan raya ini.

“Saya rasa orang muda dalam usia 30 lebih hingga 40 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi bersama Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Menurut presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu, pemimpin pelapis sememangnya diperlukan bukan untuk PBB semata-mata tetapi komponen dalam GPS.

Malah beliau turut membayangkan bahawa dirinya akan bersara satu hari nanti dan kepimpinan parti akan disambung oleh generasi muda.

“Sekarang pun saya dah berumur, satu hari nanti saya akan bersara dalam PBB atau GPS kita mesti ada pemimpin pelapis.

“Ya memang sekarang kita (GPS) sudah ada pemimpin muda..ini merupakan tempoh percubaan mereka sama ada bertahan atau tidak untuk memimpin kelak,” tegasnya.

Sebelum ini, Naib Presiden PBB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyatakan bahawa parti itu akan menampilkan 20 hingga 30 peratus muka baharu yang akan bertanding dalam PRN12.

Malah katanya setiap parti mempunyai pendekatan tersendiri terutama dalam mengangkat muka baharu untuk diketengahkan khususnya dalam pilihan raya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru