Saturday, December 3, 2022

Pekerja dipastikan jaga tahap kesihatan tertinggi 

Secara Rawak

LAWAS: Pekerja perlu sentiasa berwaspada dan memastikan tahap kesihatan tinggi diutamakan.

Menyedari keperluan itu, lapan orang peserta dari Syarikat Lawas Cultivate telah menghadiri Ceramah Tatacara Sanitasi Kendiri yang disampaikan Pasukan Alpha di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) pada Rabu.

Selain itu, turut disampaikan tatacara pemakaian PPF dan kaedah bancuhan yang betul bagi membendung penularan virus COVID-19.

Program ini telah memberikan pendedahan yang lebih jelas dan cara yang betul tentang sanitasi kendiri dan tatacara pemakaian PPF serta bancuhan sanitasi agar betul mengikut sukatan yang ditetapkan agar lebih berkesan dalam mengekang penularan COVID-19.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru