Friday, October 7, 2022

Kumpulan Syarikat Dayang sumbang peralatan kesihatan kepada Hospital Miri

Secara Rawak

MIRI: Kumpulan Syarikat Dayang menyumbang 20 unit peralatan tempat tidur, double fowler dengan rel sisi panjang dan tilam PVC kepada Hospital Miri.

Kumpulan Syarikat Dayang menerusi kenyataan medianya pada Rabu berkata, sumbangan ini bertujuan menyokong usaha Kerajaan Sarawak memerangi penularan COVID-19.

“Ini merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Dayang kepada komuniti bagi tahun 2021.

“Ianya juga menyokong Hospital Miri dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat khususnya membina masyarakat yang lebih sihat,” katanya selepas menerima sumbangan kesihatan di Hospital Miri.

Ujar kenyataan itu lagi, sumbangan ini juga sebagai tanda penghargaan kepada Menteri Bertanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Dato’ Sri Lee Kim Shin di atas kejayaan menghantar pulang dua orang kumpulan kru Dayang dari Kota Kinabalu ke Miri pada 28 Oktober Lepas.

“Kumpulan Syarikat Dayang merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato’ Sri Lee dan pasukan dalam memastikan 172 anak kapal Sarawak pulang dengan selamat untuk vaksinasi besar-besaran dan untuk bertemu semula dengan orang tersayang,” ujarnya.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru