Friday, August 19, 2022

Kerajaan Sarawak terus beri bantuan kepada para nelayan

Secara Rawak

MIRI: Seramai 59 orang nelayan laut di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Piasau menerima bantuan input peralatan perikanan.

Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dalam Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Input Peralatan Perikanan Nelayan (BIPPN) di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada Rabu.

Program tersebut merupakan anjuran Jabatan Pertanian dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kawasan Miri (PNK) bagi meringankan tugas harian dan meningkatkan hasil tangkapan harian mereka.

Bantuan tersebut merangkumi peralatan seperti kotak ikan berinsulasi (cold box) 200 liter, pukat, dan jaket keselamatan.

Sebastian Ting semasa berucap menzahirkan ucapan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak di atas usaha memberikan bantuan kepada para nelayan.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru