Friday, December 3, 2021

ICU penuh, hospital Jerman hantar pesakit Covid-19 ke Itali

Secara Rawak

MUNICH: Hospital di Bavaria Freising, Jerman menghantar pesakit Covid-19 ke hospital Itali ekoran unit Rawatan rapi (ICU) mereka penuh dan kekurangan staf.

Pengarah Perubatan hospital di Freising, Thomas Marx, memberitahu AFP pada Khamis, minggu lalu, pihaknya menghantar seorang pesakit dengan helikopter ke Merano Itali, 350 kikometer dari Freising.

Marx menjelaskan hospital tersebut menangani 13 kes di ruang ICU yang hanya mampu menampung 10 orang.

Lima daripada pesakit dijangkiti Covid-19 dan belum divaksinasi.

Sebelum ini Jerman menerima pesakit dari negara jiran, kini giliran Jerman berdepan kenaikan mendadak jangkitan Covid-19.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru