Friday, December 3, 2021

Aksi tidak menjadi, pengantin jatuh dari buaian

Secara Rawak

DElHI: Sepasang pengantin baru-baru ini cuba memberi aksi luar biasa pada majlis perkahwinan mereka, namun ia berakhir dengan situasi memalukan.

Sebuah video yang menunjukkan pasangan tersebut duduk di atas platform seperti buaian yang berlegar di atas sebuah meja.

Para jemputan asyik melihat aksi unik itu dan menunggu saat pengantin diturunkan.

Namun memandangkan pasangan itu tidak dilengkapi tali untuk mengimbangi badan mereka, ketika buaian itu bergerak ke bawah, pasangan itu tiba-tiba jatuh di atas meja tersebut.

Menurut Zee news, video berkenaan dimuat naik di Instagram dan biarpun ia melucukan, netizen yang melihatnya berharap pasangan pengantin itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru