Friday, December 3, 2021

Pfizer minta izin penggunaan pil rawat Covid-19

Secara Rawak

WASHINGTON: Pfizer, syarikat farmasi Amerika Syarikat pada Selasa, meminta pihak berwewenang mengesah dan meluluskan penggunaan pil Covid-19 buatannya

Pil tersebut jenama Paxlovid didakwa berkesan mengurangi jumlah rawatan di hospital dan mengurangkan kematian hampir 90 peratus dalam kalangan pesakit berisiko tinggi.

CEO Pfizer Albert Bourla dalam kenyataan dikutip AFP berkata: “Lebih dari lima juta kematian dan banyak nyawa yang terkena impak penyakit menghancurkan ini secara global, ada keperluan mendesak ubatan untuk menyelamatkan nyawa.”

Data menunjukkan penggunaan kapsul tersebut membantu mengurangkan 89 peratus rawatan inap hospital atau kematian setelah rawatan dimulakan dalam tempoh tiga hari sejak individu disahkan positif.

Pfizer mengatakan menyediakan 180,000 pil Paxlovid tahun ini dan sekitar 50 juta pada tahun depan.

Paxlovid kombinasi molekul baru, PF-07321332, dan ritonavir antivirus HIV.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru