Friday, December 3, 2021

Lelaki selamatkan penumpang dari diheret kereta api

Secara Rawak

MUMBAI: Video pekerja kereta api menyelamatkan seorang penumpang kereta api tular di media sosial dan tindakan pantasnya mendapat pujian orang ramai.

Insiden itu berlaku di Stesen Kalyan sekitar 11.54 pagi waktu tempatan.

Video tersebut yang dimuat naik di Twitter oleh Jabatan Kereta Api Bahagian Mumbai menunjukkan aksi pekerja bernama Shri Shivji Singh yang melihat kelibat penumpang terjatuh di antara platform dengan sebuah kereta api.

Singh bertindak pantas berlari ke arahnya dan menariknya keluar dari bawah kereta api tersebut.

Menurut Timesnownews, para penumpang yang melihat kejadian itu dikatakan menarik loceng kecemasan memberi amaran kepada pemandu kereta api tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru