Saturday, January 22, 2022

Hampir 90 peratus pengundi awal  mengundi

Secara Rawak

MELAKA: Sejumlah 89.9 peratus pengundi awal menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, menurut Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak.

SPR menyasarkan 70 peratus pengundian dalam PRN Negeri Melaka pada 20 Nov ini.

Menurut Ikmalrudin ia melibatkan 10,390 orang pengundi yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua pegawai pengurus pilihan raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Penghargaan dan ucapan terima kasih juga kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“Tidak lupa media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas segala kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR,” katanya.

Proses pengundian awal bermula 8 pagi tadi di 31 Pusat Pengundian Awal (PPA) dengan 21 PPA ditutup pada pukul 2 petang manakala 10 lagi ditutup pada 5.30 petang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru