Friday, December 3, 2021

80,000 stokin hasilkan barisan 7 batu untuk gendangan musim sejuk

Secara Rawak

CALIFORNIA: Sebuah pertubuhan kebajikan di California berjaya mengumpul 80,000 stokin untuk diberikan kepada golongan gelandangan dan sekali gus memecah Buku Rekod Guinness dengan kejayaan tersebut.

Pertubuhan Mission Fresno memberitahu sukarelawan dan kakitangan menyasar menghasilkan barisan stokin sejauh 7 batu.

Pada mulanya misi mereka ialah mengumpul barangan keperluan bagi golongan gelandangan untuk musim sejuk dan mendapati jumlah stokin yang diperlukan masih belum mencukupi.

Ketua Pegawai Eksekutif Fresno Mission Matthew Dildine memberitahu KFSN-TV mereka kemudiannya mengambil keputusan memulakan misi mengumpul stokin dan melakukan cubaan untuk memecah rekod dunia.

Mereka berjaya mengumpul sekitar 80,000 stokin selama enam bulan dan menyidainya di kawasan seluas 7.39 batu.

Hasilnya mereka berjaya mengalahkan pemegang rekod sebelumnya yang dilakukan di Halverde, Jerman, pada 2014 di kawasan seluas 3.77 batu.

Semua stokin tersebut diagihkan kepada golongan gelandangan bermula minggu ini, kata Dildine.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru