Saturday, January 22, 2022

29,769 kematian direkodkan di Malaysia setakat ini

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia  (KKM) melaporkan 40 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 29,769.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, tujuh korban diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu tujuh kes.

Ini diikuti Sarawak (enam), Pulau Pinang dan Sabah (masing-masing lima), Terengganu (empat), Kelantan dan Negeri Sembilan (masing-masing tiga), Johor dan Perak (masing-masing dua) serta Kedah, Melaka dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 65,316 kes aktif dilaporkan, termasuk 545 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 264 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan setaakt ini ialah  2,556,865.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru