Tuesday, August 16, 2022

Pusat mengundi paling jauh di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Satu daripada cabaran mengurus pilihan raya di negeri ini ialah dari segi saiz geografinya dan juga taburan pengundi.

Dengan saiz 124,449km persegi meliputi kawasan pedalaman yang sukar, serta kemudahan perhubungan yang amat terhad, tentu ini memberi ujian besar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Dalam pilihan raya yang lepas-lepas, SPR telah menggunakan pengangkutan seperti perahu, bot laju, kenderaan pacuan empat roda dan perkhidmatan helikopter untuk menghantar para petugas pilihah raya, peralatan pilihan raya, dan kertas undi ke kawasan pedalaman Sarawak.

Untuk rekod, pada PRN-11, SPR menggunakan 5,057 kenderaan darat, 663 perahu, 64 bot laju, 36 helikopter dan dua pesawat ringan.

Kesemuannya, berjumlah 5,822 buah.

Pada PRN-11 Sarawak, Rumah TK Barang Lugun di kawasan DUN Mulu mempunyai jumlah pengundi paling kecil sebanyak 25 orang.

Pusat itu terletak kira-kira 12 jam melalui jalan balak dari Marudi yang merupakan kawasan bandar terdekat bagi penduduk di situ.

Pusat pengundian itu dibuka dari 8 pagi selama satu jam kerana bilangan pengundi yang kecil.

Pusat pengundian di SK Long Lamai Ulu Baram merupakan lokasi yang paling jauh di pedalaman.

Peti undi bagi kawasan itu yang mempunyai 177 pengundi itu juga perlu dihantar menggunakan helikopter dari Marudi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru