Tuesday, June 28, 2022

Parti Bumi Kenyalang perkenalkan 15 calon

Secara Rawak

KUCHING: Parti Bumi Kenyalang (PBK)  akan mencuba nasib masuk ke gelanggang PRN untuk pertama kali dalam PRN-12 nanti.

Presidennya Voon Lee Shan  hari ini mengumumkan senarai nama 15 calon yang disahkan bertanding.

Parti itu menggunakan lambang Burung Kenyalang.

Beliau  akan bertanding di Batu Lintang.

Enam lagi kerusi di bahagian Kuching iaitu Padungan diwakili Raymond Thong, Pending (Teo Kuang Kim), Kota Sentosa (Lue Cheng Hing), Batu Kitang (Wong Tun Teck), Batu Kawah (Chai Kueh Khun) dan Stakan (Atet Dego).

Manakala lapan lagi kerusi iaitu Sebuyau (Wan Chee Wan Mahjar), Lingga (Baha Iman), Beting Maro (Jackie Chiew), Balai Ringin (Kasim Mana), Bukit Begunan (Marcus Kayong), Simanggang (Peli Aron), Engkilili (Stel Datu) dan Batang Ai (Usop Asun).

“Kita hanya ada dua lagi kerusi yang tidak diisi di bahagian Kuching iaitu Demak Laut dan Samariang dan kita memanggil calon yang sesuai untuk bertanding di bawah parti kami di dua kerusi ini,” katanya melalui satu kenyataan.

Jelas beliau, bagi kerusi majoriti Bidayuh, Opar, Tasik Biru, Tanjong Datu, Serembu, Mambong, Tarat, Tebedu, Kedup dan Bukit Semuja  calonnya ialah golongan  profesional termasuk ahli sains, jurutera dan individu berpelajaran  tinggi.

Nama mereka, katanya  akan diumumkan tidak berapa lama lagi.

“Kami yakin Parti Bumi Kenyalang dengan visinya untuk mendapatkan kebebasan dan kemerdekaan Sarawak dari persekutuan Malaysia akan memberi impak mendalam kepada perubahan senario politik Sarawak,” katanya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru