Sunday, June 26, 2022

PRN Sarawak: Naroden jemput Abang Jo wakili Gedong

Secara Rawak

GEDONG: Mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong Datuk Mohd Naroden Majais mempelawa Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk mewakili kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak kelak.

Menurutnya, ia penting dalam memastikan kelangsungan pembangunan dapat diteruskan di kawasan itu dengan rancak.

“Kita mahu Gedong terus membangun, bukan sahaja pembangunan tetapi pelaksanaan dapat dijalankan dengan cepat.

“Malah dengan (pembangunan) itu juga, kesannya akan dirasai hingga ke kawasan lain termasuk Samarahan, Simunjan dan Sebuyau.

“Ia memerlukan kekuatan lebih besar lagi… (untuk lebih maju). Memerlukan kuasa kewangan melulus yang lebih besar dan hanya Ketua Menteri sahaja mempunyai kekuatan seperti itu,” katanya

Beliau berkata demikian kepada berucap pada Majlis Pecah Tanah Lubok Teranggas ke Gedong di sini, semalam.

Susulan kenyataan itu, kedudukan Naroden pada ketika ini belum dapat dipastikan sama ada beliau akan bertanding di kerusi DUN lain atau berundur pada PRN12 nanti.

Ketika ditemui selepas majlis berkenaan, Naroden diminta mengulas mengenai statusnya.

Namun, dengan ringkas beliau menjawab ia terpulang kepada Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) untuk menentukan keputusan akhir.

Untuk rekod, Naroden telah berkhidmat selama enam penggal sebagai ADUN Gedong dan Simunjan sejak tahun 1991.

Pada 2016, beliau memenangi kerusi Gedong dengan majoriti 3,365 undi, menewaskan calon Amanah, Rapelson Richard Hamit dan calon Bebas, Uja Bensi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru