Saturday, January 22, 2022

PRN-12 Sarawak: PBB tampil sekurang-kurangnya tujuh muka baharu?

Secara Rawak

KUCHING: Semua parti politik dijangka menampilkan muka baharu sebagai langkah menyegarkan parti dalam pRN-12 akan datang.

Inio termasuk Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dijangka menampilkan sekurang-kurangnya 20 peratus muka baharu.

Menurut Naib Presiden PBB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah semalam, peratusan sekitar 20 hingga 30 peratus muka baharu adalah sesuatu yang biasa berlaku sebelum ini.

“Dalam PBB, akan terdapat sekitar 20 hingga 30 peratus muka baharu,” jelasnya semalam.

“Perlu ada perubahan dalam setiap pilihan raya, kalau tidak parti menjadi statik,’ katanya.

Penampilan muka baharu bagi menggantikan penyandang amat penting bagi memastikan parti terus disokong oleh pengundi.

Dijangka sekurang-kurangnya dua muka baharu daripada kalangan wanita  menggantikan penyandang akan ditampilkan oleh PBB.

Difahamkan,  sekurang-kurangnya tujuh penyandang PBB  tidak lagi mempertahankan kerusi terbabit  atas beberapa faktor, termasuk usia, faktor kesihatan, sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat dan juga prestasi.

Menurut pemerhati, penyandang telah dimaklumkan tentang status mereka.

Dalam PRN 2016, BN  menampilkan 28 muka baharu daripada 82 calon yang bertanding.

Terdapat  10 muka baharu dari PBB, empat masing-masing dari  PRS dan SPDP, lima muka baru dari SUPP  dan lima muka baharu melibatkan calon langsung BN.

Sepuluh muka baharu PBB terdiri daripada Fazruddin Abdul Rahman (Tupong), Datuk Idris Buang (Muara Tuang), Awla Dris (Simunjan), Gerald Rentap Jabu (Layar), Mohd Chee Kadir (Kabong), Shafiee Ahmad (Daro), Datuk Dr Juanda Jaya (Jemoreng), Allen Siden Gramong (Machan), Abdul Yakub Arbi (Balingian) dan Jefferson Amit Unyat (Bukit Goram).

Muka baharu dari PRS pula terdiri daripada Christopher Gira Sambang (Tamin), Wilson Nyabong Ijang (Pelagus), Chukpai Ugon (Murum) dan Majang Renggie (Samalaju).

SUPP menampilkan lima muka baharu iaitu Peter Pau (Padungan), Milton Foo (Pending), Lo Khere Chiang (Batu Kitang), Datuk Seri Huang Tiong Sii (Repok) dan Datuk Pau Chiong Ung (Bukit Asek).

Datuk Henry Harry Jinep (Tasik Biru), Kilat Briak (Krian), Roland Duat (Meluan) dan Datuk Dr Penguang Manggil (Marudi) pula adalah muka baharu daripada SPDP.

Manakala, lima muka baharu calon langsung BN ialah Miro Simuh (Serembu), John Ilus (Bukit Semuja), Datuk Janet Lau (Pelawan), Datuk Hii King Chiong (Pujut) dan Datuk Gerawat Gala (Mulu).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru