Friday, December 3, 2021

Motosikal rempuh kedai pakaian, pelanggan sempat mengelak

Secara Rawak

TELANGANA: Insiden yang mengejutkan menjadi bualan penduduk Telangana baru-baru ini, menurut DNA.

Dalam insiden berlaku sekitar 8:30 malam minggu lalu di Pasar Raavichettu Bazaar di daerah Khammam Telangana, empat individu menerima kejutan apabila sebuah motosikal hampir-hampir merempuh mereka.

Rakaman CCTV berdurasi 7 saat pada mulanya menunjukkan empat individu duduk dan berbual di sebuah kedai pakaian.

Selang beberapa saat kemudian, mereka sama-sama menoleh ke arah kanan dan terkejut melihat motosikal memecut laju ke arah mereka.

Dalam keadaan panik, mereka sempat berlari dan mengelak dari di rempuh motosikal tersebut.

Pemandu motosikal itu terpelanting di bawah kaunter, manakala motosikalnya jatuh di lantai.

Lelaki itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Manakala keempat-empat individu di kedai itu terkejut dengan insiden yang membahayakan nyawa mereka.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru