Saturday, January 22, 2022

Kurangkan kos kahwin, 30 pasangan nikah beramai-ramai

Secara Rawak

LA PAZ: Puluhan pasangan di La Paz, Bolivia, melangsungkan perkahwinan pada minggu lalu dalam upacara besar-besaran.

Pihak berkuasa dikatakan menawarkan pilihan ini supaya pasangan tidak perlu mengeluarkan belanja besar untuk majlis perkahwinan mereka.

Kesemua 30 pasangan itu, yang sebahagiannya memakai pakaian rasmi orang asli berkumpul di padang stadium untuk upacara bersejarah ini.

Kebanyakan mereka merancang berkahwin tahun lepas, namun kuarantin dan pandemik Covid-19 menjejaskan rancangan tersebut.

Menurut Inside Edition, acara itu merupakan majlis besar-besaran pertama dianjurkan selepas beberapa sekatan Covid-19 ditarik balik di negara itu.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru