Friday, December 3, 2021

Pelanggan lontar sup panas di muka pengurus restoran

Secara Rawak

TEXAS: Pelanggan yang marah selepas menemui plastik cair di dalam kontena supnya menyerbu masuk ke dalam restoran untuk bersemuka dengan pengurusnya.

Selain terpaksa mendengar rungutan wanita tersebut, pengurus malang itu turut dilempar sup panas tersebut.

Pelanggan itu menyerbu masuk dan memarahi Jannelle Broland, Pengurus restoran Sol de Jalisco.

Semua episod itu dirakam CCTV, dari mula hingga akhir ketika wanita itu melontar sup yang masih panas ke muka Jannelle.

Video ini kemudiannya tular di pelbagai platform media.

Lebih menyakitkan hati, selepas melontar sup tersebut, wanita itu terus keluar dari restoran seolah-olah hala yang dilakukannya itu betul.

Semasa ditemu ramah media, Jannelle memberitahu biarpun dia tidak mengalami kecederaan di mukanya memandangkan sup tersebut sudah agak sejuk, namun rempah di dalam sup tersebut menyebabkan mukanya berasa sengal sehingga hidungnya berdarah.

Menurut Arynews, aduan polis difailkan, kata laporan media itu dan Jannelle juga berkongsi video pengalaman mengerikan itu di TikTok.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru