Friday, December 3, 2021

Kes berat ni… lelaki “hilang” sertai misi cari dirinya sendiri

Secara Rawak

TURKI: Beyhan Mutlu, dilaporkan hilang oleh isterinya setelah menjauhkan diri daripada rakan-rakannya di hutan ketika mabuk.

Amat melucukan dia kemudiannya menyertai orang ramai membantu pihak berkuasa mencari dirinya sendiri yang dikatakan hilang itu.

Mutlu, 50, yang tidak tahu dirinya dilaporkan hilang itu menyertai misi mencari dirinya.

Kisahnya mula disedari apabila pasukan pencari memanggil namanya dan dia segera menjawab: “Saya di sini.”

Pihak berkuasa kemudian membawanya ke balai untuk membuat laporan.

Menurut Sky News tidak dapat dipastikan sama ada dia didenda atau sebaliknya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru