Friday, December 3, 2021

Israel izin suntik Pfizer terhadap kanak-kanak 5-11 tahun

Secara Rawak

TEL AVIV: Israel benarkan kanak-kanak berusia 5-11 tahun disuntik vaksin Pfizer setelah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Israel berdasarkan cadangan panel pakar vaksinasi dan pandangan Badan Makanan dan Ubatan AS (FDA).

Memetik Reuters pakar berpendapat manfaat vaksinasi pada kelompok umur itu lebih besar berbanding risikonya.

Menurut FDA, dos untuk kanak-kanak berusia 5-11 ialah 10 mikrogram, lebih rendah berbanding kumpulan umur 12 tahun ke atas yang mencapai sehingga 30 mikrogram.

Pfizer/BioNTech mendakwa bahwa vaksin mereka 90.7 peratus berkesan melawan Covid-19 pada kanak-kanak berusia 5-11 tahun.

Sebanyak 9.4 juta populasi di Israel merupakan kalangan muda. Sebanyak 1.2 juta merupakan kanak-kanak berusia 5-11 tahun.

Pungutan pendapat menunjukkan 27 peratus ibu bapa sedia mengizinkan anak berusia 12 tahun ke bawah untuk divaksin.

Sementara itu, 33 peratus menolak dan 40 peratus belum memutuskan.

Israel sudah memvaksinasi 88 peratus penduduknya dan menyuntik booster kepada empat juta warga.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru