Friday, December 3, 2021

Hikmah di sebalik nahas

Secara Rawak

INDIA: Dalam video yang tular, sebuah troli kargo yang tidak disambungkan dengan kenderaan utama, dilihat berguling di belakang di sebatang jalan yang sibuk.

Beberapa orang dilihat mengejarnya dalam usaha menghalangnya terus bergerak.

Bagaimanapun, sebelum sempat dihentikan, gerabak kuning yang sarat membawa tebu itu terhenti selepas melanggar tiang lampu.

Menurut Bulletin Observer, orang ramai yang berada di situ tergamam melihat insiden berkenaan dan menyangka impak pelanggaran tersebut akan menumbangkan tiang lampu terbabit.

Namun sebaliknya tiang lampu itu tetap berdiri tegak, malah yang menyebabkan orang ramai lebih terkesima, pelanggaran itu menyebabkan lampu yang sebelum ini rosak, tiba-tiba berfungsi dan menyala semula.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru