Friday, July 1, 2022

Calon Ketua Menteri PKR Bertanding Di Asajaya? – Abdul Karim

Secara Rawak

KUCHING: “Saya pun tidak tahu kenapa Asajaya begitu penting bagi mereka (PKR) kerana ramai yang melobi dan sedang berjalan di kawasan itu sekarang untuk bertanding kelak”.

Demikian respons Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika diminta mengulas mengenai jangkaan pertandingan di kawasan tersebut.

Kata Abdul Karim ia termasuk seorang yang turut dinamakan sebagai calon ketua menteri daripada PKR akan bertanding di konstituensi berkenaan.

“Saya pun dapat makluman bahawa ada calon ketua menteri daripada PKR akan bertanding di Asajaya malah daripada maklumat yang saya terima bukannya seorang calon daripada PKR tetapi ada tiga orang pada masa ini.

“Dari mula lagi sudah ada kelam kabut sedikit tiga orang dari parti yang sama melobi untuk bertanding di Asajaya, tetapi apa-apa pun saya mengalu-alukan seramai mungkin bertanding di sana biar jadi seperti festival,” katanya.

Beliau yang juga penyandang kerusi DUN Asajaya berkata semakin banyak penjuru pertandingan akan memberi kelebihan kepada parti kerajaan.

Ditanya sama ada beliau akan mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak tahun 2001 itu, katanya ia terpulang kepada keputusan Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menentukan.

“Ia terpulang kepada Ketua Menteri dan parti (PBB), jika saya diberi peluang saya akan bertanding, tetapi jika tidak, saya akan akur dan sokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon,” katanya.

Untuk rekod Abdul Karim telah memenangi kerusi DUN Asajaya selama empat penggal berturut-turut dalam pilihan raya negeri pada 2001, 2006, 2011 dan 2016.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru