Thursday, May 19, 2022

Aktiviti bersihkan kubur masyarkat Islam

Secara Rawak

SIMUNJAN: Lebih 50 orang individu yang terdiri dari ahli Grup Anak Perantau Simunjan (GAPs) turun ke Daerah Simunjan bagi menjayakan Program Sentuhan Rohani & Jalinan Ukhwah 2021.

Program selama dua hari (13 & 14 November) yang sarat dengan pengisian aktiviti serta program lain yang telah disusun atur.

Antaranya, membersih kawasan perkuburan masyarakat Islam di beberapa buah kampung, menanda serta melilit semula batu nisan.

Di samping menyantui dan menyampai sumbangan kepada golongan asnaf.

Turut serta menjayakan program tersebut penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.25 Simunjan, Awla Dris.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Awla menyifatkan penganjuran program berkenaan yang menghimpunkan anak jati kelahiran Simunjan ibarat sireh pulang ke gagang.

“Syabas dan tahniah kepada GAPs dengan penganjuran program ini.

“Saya melihat pendekatan dilakukan ahli-ahli GAPs amat bersesuaian kerana secara tidak langsung mereka berpeluang mearapatkan silaturahim dengan keluarga serta saudara-mara mahupun rakan taulan di kampung halaman,” tegas Awla.

Sambil menyambut baik cadangan menjadikan pelaksanaan program berkenaan pada masa akan datang.

Program tersebut turut disertai Jabatan Bomba Dan Penyelamat Simunjan dan sahabat GAPs.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru