Friday, December 3, 2021

Pemuda akui dia alien dari Marikh

Secara Rawak

Seorang pemuda mengaku dia sebenarnya makhluk asing dari Marikh yang lahir dalam bentuk manusia setelah spesiesnya musnah akibat konflik nuklear.

Memetik Mirror, Boriska Kipriyanovich, 24, mahu memperingatkan manusia tentang pertempuran berbahaya itu.

Dia mengaku melakukan perjalanan ke bumi pada 1996 dan “dilahirkan kembali” sebagai anak manusia.

Sejak 2017, Boriska memberitahu bahawa dia salah seorang juruterbang di antara alien.

Boriska suka dipanggil “Anak Indigo” itu mengatakan ada lagi yang lain selamat dari konflik tersebut.

Menurutnya alien spesiesnya setinggi tujuh kaki, bernafas dengan karbon dioksida, dan mereka berhenti jadi tua pada usia 35 tahun.

Dia mengatakan manusia memiliki banyak pengetahuan dan Sphinx di Mesir sebagai kuncinya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru