Friday, December 3, 2021

Lelaki tawar pelanggan naik Teksi Kereta Kebal

Secara Rawak

NORWICH: Seorang lelaki Britain menawarkan perkhidmatan pemandu luar biasa dengan menaiki “teksi kereta kebal” untuk ke majlis perkahwinan, pengebumian dan acara lain.

Bayaran yang dikenakan sekitar RM4,164 (AS$1,000).

Merlin Batchelor dari Norwich, England, berkata Teksi Kereta Kebal miliknya sebenarnya merupakan kereta kebal berperisai yang dibelinya dengan harga RM145,740 (AS$35,000) untuk digunakan dalam perniagaannya.

“Ia bermula selepas jiran saya, disusuli akan saya dan kenalan mereka yang lain, yang tidak saya kenali meminta saya menghantar mereka ke pelbagai majlis menggunakan kenderaan tersebut,” katanya kepada CBS News.

Menurutnya lagi perkhidmatan pemandu kenderaan luar biasa tersebut menawarkan “hiburan spontan. Semasa memandu di sepanjang jalan, terdapat begitu ramai orang tersenyum, ketawa, melambai ke arah kami.”

“Kanak-kanak terutamanya begitu gembira setiap kali dibawa bersiar-siar menggunakan kereta kebal terbabit,” kata Batchelor lagi.

Menurut Batchelor, dia kini hanya memiliki lesen membawa penumpang ke majlis perkahwinan dan pengebumian, namun dia berharap mendapatkan permit diperlukan untuk meluaskan perkhidmatannya membawa pelanggannya ke majlis perpisahan sekolah, parti hari jadi dan acara lain.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru