Saturday, December 4, 2021

97 pelajar di Padawan terima bantuan pakaian seragam sekolah

Secara Rawak

PADAWAN: Sebanyak 11 buah sekolah rendah dan menengah di Daerah Kecil Padawan menerima Baucar Bantuan Pakaian Seragam Sekolah daripada Yayasan Sarawak pada Jumaat.

Baucar bernilai RM200 setiap satu itu disampaikan Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil kepada wakil 97 pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 di kawasan itu dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM39,400.00.

Antara sekolah-sekolah yang menerima baucar bantuan tersebut adalah SMK Penrissen No.1, SK.St.Patrick Semadang, SK Sitang Petag, SK.Pangkalan Ampat, SK.St.Agustine Mambong, SK.Emperuh Jambu, SJK Chung Hua Batu 10, SK.St.Gregori Giam, SK.Kambug, SK.Plaman Sigandar serta SK.St.Bernard Sadir.

Menurut Jerip, keprihatinan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menambah peruntukan sehingga RM4 juta setahun, bergantung dengan bantuan yang benar-benar disalurkan kepada rakyat secara lebih efisien dan sistematik.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru