Saturday, January 22, 2022

Tiga projek bekalan air Sebuyau RM98 juta siap tahun depan

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak membelanjakan RM98 juta bagi melaksanaan tiga projek bekalan air di kawasan Sebuyau.

Menteri Utiliti Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, setakat ini, tiga projek tersebut berjalan dengan prestasi kerja memberansangkan walaupun berdepan cabaran pandemik.

Projek dilaksanakan Kementerian Utiliti Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) itu dan dijangka siap 2022 diharap dapat melonjakkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat serta memangkin pertumbuhan ekonomi serta memberi kualiti kehidupan lebih baik kepada penduduk.

Projek turut memberi manfaat kepada lebih 21,000 warga di Kampung Seruyuk, Kampung Ladong, dan Kampung Segali, pekan Sebangan dan Tebelu dan kawasan sekitar.

Projek yang dijalankan merupakan sebahagian daripada Sistem Grid Bekalan Air Sarawak ilham Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam menyelesaikan isu bekalan air lebih tuntas.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru