Wednesday, May 18, 2022

Tiada kewajaran PRN-12 Sarawak ditangguh

Secara Rawak

KUCHING: Cadangan agar PRN-12 Sarawak ditangguhkan, tidak relevan berikutan tiada alasan kukuh menangguhkan pelaksanaan tersebut.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sesebuah kerajaan mesti mempunyai kuasa eksekutif dan legislatif, sementara untuk Sarawak ketika ini legislatif sudah tiada dan mandat harus diberikan semula kepada rakyat.

DUN Sarawak sepatutnya tamat tempoh 6 Jun lalu, namun akibat berlaku penularan Covid-19, darurat diisytiharkan dan “kerajaan berada dalam masa tambahan”.

Menurut Karim, PRN-12 Sarawak tidak dapat ditangguhkan lagi kerana jika ditangguh sekalipun, tiada jaminan bilakah Covid-19 lenyap dari muka bumi.

Sebelum ini, SPR dalam kenyataannya pada Jumaat memaklumkan Mesyuarat Khas berkaitan urusan PRN-12 diadakan 24 November ini membincangkan tarikh penting PRN termasuk tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar  Pemilih dan sebagainya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru