Saturday, December 4, 2021

Syarikat M’sia hulur kerjasama dalam pembangunan ibu kota Indonesia di Kalimantan

Secara Rawak

JAKARTA: Syarikat Malaysia sedia menjalin kerjasama dalam pembangunan ibu kota baharu Indonesia di Kalimantan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Antara sektor menjadi tumpuan dalam ruang kerjasama itu ialah infrastruktur dan membantu dari segi teknikal serta pelaburan.

Tengku Zafrul memberitahu pemberita di Jakarta pada Sabtu, terpulang kepada syarikat swasta, bagaimana mereka dapat berinteraksi dan terlibat urusan dengan pihak berkuasa tempatan dan kerajaan Indonesia.

Kerajaan Indonesia membangun dan bakal memindahkan ibu kota baharunya dari Jakarta ke Kalimantan Timur pada 2024.

Dalam pertemuan dengan Presiden Joko Widodo di Istana Bogor Rabu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata, Malaysia sedia berkongsi pengalaman dengan Indonesia bagi pembangunan ibu kota baharunya di Kalimantan dan menawarkan kerjasama daripada syarikat tempatan dalam projek mega itu.

Pada suku kedua tahun ini, pelaburan Malaysia di Indonesia berjumlah AS$12.53 bilion.

Manakala pelaburan Indonesia di Malaysia AS$1.16 bilion.

Pada Rabu, empat memorandum persefahaman dan perjanjian ditandatangani antara syarikat Malaysia dengan Indonesia yang membawa pelaburan ke Indonesia bernilai AS$3.1 bilion.

Indonesia rakan dagang dan pelaburan penting serta strategik bagi Malaysia, dengan jumlah perdagangan dua hala bernilai AS$15.67 bilion pada 2020.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru