Saturday, January 22, 2022

Sempitnya Surau Pasar Malam Miri, patut diperbesarkan lagi

Secara Rawak

MIRI: Pasar Malam Saberkas Miri menjadi salah satu tarikan pengunjung dari
luar dan dalam negara untuk menikmati pelbagai jenis kuih muih
tempatan, pelbagai lauk pauk dan resepi masakan tempatan yang pasti
menarik perhatian orang ramai yang berkunjung ke situ.

Peniaga pasar malam mengadu kepada kami surau berhampiran tempat
mereka berniaga, ruang solat agak sempit ketika ini dan boleh
diperbesarkan terutama ruang solat. Ini hanya boleh memuatkan lima
hingga enam orang sebelum wabak Coronavirus tetapi kini hanya boleh
diisi mengikut SOP dalam dua hingga tiga orang sahaja.

Mereka menggesa pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Majlis Agama
Islam Miri memperluaskan ruang solat di surau itu bagi memudahkan
peniaga, pengunjung Islam dari luar dan dalam negara yang mengunjungi
pasar malam dapat menunaikan solat dengan selesa.

Majoriti peniaga pasar malam beragama Islam dan mereka juga memerlukan
tempat beribadat yang lebih selesa selain memudahkan pelaksanaan
perintah Allah walaupun berniaga.

Tidak dinafikan terdapat surau di tingkat atas kedai berdekatan tetapi
ianya tidak begitu sesuai untuk warga emas dan mereka yang mempunyai
masalah kesihatan seperti masalah lutut juga sukar untuk berjalan ke
tingkat atas surau tersebut.

Menurut peniaga pasar malam, mereka telah memaklumkan kepada pihak
berkuasa tempatan beberapa tahun lalu mengenai isu itu supaya Surau
Pasar Malam dapat diperbesarkan bagi menampungkan jemaah yang semakin
ramai tetapi tiada tindakan diambil oleh pihak berkenaan.

Kami menggesa Majlis Agama Islam Sarawak khususnya mengambil perhatian
terhadap masalah ini kerana ia adalah untuk kemudahan umat Islam untuk
solat berjemaah di surau dengan lebih selesa. Mungkin kos untuk
membesarkan surau tidaklah begitu besar jika ada peruntukan.

Mungkin hari ini kurang orang tetapi harus diingat satu hari nanti
jumlah umat Islam juga akan bertambah jadi ia perlu diberi perhatian
oleh pihak berkenaan demi kesejahteraan umat Islam.

Sekali lagi kami menggesa pihak yang berkenaan agar menyegerakan
pembinaan ruang tambahan untuk solat dan ruang yang lebih selesa bagi
menampung jemaah yang semakin ramai.

Kerjasama dengan pihak berkaitan untuk melaksanakan tuntutan umat
Islam ini amatlah dihargai.

Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru