KUCHING: Sepanjang Januari hingga Oktober 2021, Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM96.9 juta kepada 19,271 warga emas di seluruh Sarawak.
Berucap pada Majlis Sambutan Hari Kebersamaan Ke Arah Kesejahteraan di Pusat konvensyen Borneo Kuching pada Khamis, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penting menjaga kesejahteraan dan mengekalkan warga emas terus produktif dan berdaya saing.
Menurut Awang Tengah, Kerajaan Sarawak menyediakan bantuan RM500 sebulan kepada warga emas yang layak supaya mereka turut menikmati kualiti hidup yang lebih baik.