Saturday, December 4, 2021

Ekonomi M’sia menguncup 4.5 peratus suku ketiga 2021

Secara Rawak

Bank Negara Malaysia (BNM) melaporkan ekonomi Malaysia menguncup 4.5 peratus pada suku ketiga 2021 berbanding pertumbuhan 16.1 peratus yang dicatatkan pada suku kedua 2021.

Penguncupan ini antaranya kesan daripada langkah pembendungan ketat pada Julai bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Kegiatan ekonomi meningkat ketika lebih banyak negeri beralih ke fasa dua setelah beberapa langkah pembendungan dilonggarkan menurut Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dalam taklimat media bersama Bank Negara dan Jabatan Perangkaan ketika mengumumkan prestasi suku ketiga KDNK negara.

Pada suku ketiga 2020, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia -2.7 peratus.

BNM meramalkan ekonomi berkembang 3 hingga 4 peratus tahun ini dengan pertumbuhan disokong kegiatan ekonomi bertambah baik ekoran langkah pembendungan dilonggarkan secara berperingkat-peringkat.

Setakat ini, kerajaan melonggarkan sekatan terhadap dividu yang sudah menerima dua dos vaksin lengkap, termasuk kebenaran bagi perjalanan rentas negeri yang membantu menyemarakkan industri pelancongan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru