Friday, December 3, 2021

Doktor temui simen dalam jantung pesakit

Secara Rawak

WASHINGTON: Selepas dua hari mengalami kesukaran bernafas dan sakit dada, seorang lelaki mendapatkan rawatan di bilik kecemasan.

Lelaki itu mendapat perhatian doktor pakar di hospital tersebut kerana kesnya agak luar biasa.

Hasil ujian lanjut mendapati lelaki ini memiliki sekeping semen berukuran 4 inci yang menusuk jantung dan paru-paru kanannya, menurut laporan diterbitkan di New England Journal of Medicine.

Seminggu sebelum mengalami masalah kesukaran bernafas, lelaki berusia 56 tahun itu menjalani pembedahan kyphoplasty.

Prosedur ini merawat kecederaan pada tulang belakang dengan menyuntik sejenis simen khas ke tulang belakang yang rosak, menurut Johns Hopkins Medicine.

Simen itu bagaimanapun bocor dan masuk ke dalam sistem badan lelaki itu, mengeras dan menerjah ke jantungnya.

Lelaki terbabit dikejarkan ke bilik pembedahan dan doktor berjaya mengeluarkan simen yang tajam itu serta membaiki kerosakan pada jantungnya, dan dia kini sudah semakin pulih lapor USAtoday.com

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru