Friday, December 3, 2021

Anak perempuan Duterte tanding Naib Presiden Filipina

Secara Rawak

MANILA: Anak perempuan Presiden Filipina Rodrigo Duterte bertanding bagi jawatan naib presiden pada pilihan raya Mei depan, kata pegawai pemantau pilihan raya kerajaan pada Sabtu.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan di Facebook Sara Duterte bertanding untuk jawatan itu.

Tindakan mengejutnya itu dibuat beberapa hari sebelum tarikh akhir 15 November untuk calon membuat kemasukan lewat menyertai pilihan raya 2022.

Sebelum ini, Sara Duterte dikatakan bertanding jawatan presiden dalam usaha menggantikan ayahnya Duterte.

Sara merupakan Datuk Bandar Davao City.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru