Saturday, January 22, 2022

193,116 Kenyalang Gold Card (KGC) diagihkan kepada warga emas

Secara Rawak

KUCHING: Sejak 2020, Kerajaan Sarawak melaksanakan inisiatif Kenyalang Gold Card (KGC) khas untuk warga emas di Sarawak.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, sehingga kini, sebanyak 193,116 KGC diagihkan bagi memberi kemudahan atau akses untuk warga emas seperti diskaun, kemudahan serta penjimatan dalam perkhidmatan.

Berucap pada Majlis Sambutan Hari Kebersamaan Ke Arah Kesejahteraan di Pusat konvensyen Borneo Kuching pada Khamis, beliau berkata, waris pemegang kad KGC boleh memohon bantuan RM3,000 untuk tujuan pengebumian.

Sehingga 31 Oktober 2021, sebanyak RM13.6 juta telah disalurkan kepada 4,542 orang waris.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru