Sunday, May 22, 2022

Wartawan AS ditahan junta Myanmar kini turut dituduh terorisme

Secara Rawak

YANGON: Akhirnya wartawan Amerika Syarikat (AS) Danny Fenster yang ditahan junta Myanmar Mei lalu, bukan sahaja dituduh sebagai penghasut bahkan turut didakwa sebagai terorisme.

Biasanya AS mengenakan tuduhan terorisme kepada pesalah di Barat.

Peguam Than Zaw Aung mewakili Fenster turut bingung dengan tuduhan berkenaan.

“Kami tidak faham kenapa mereka (junta) menambah dakwaan dan ini benar-benar tidak bagus…,” kata Than Zaw Aung kepada Reuters.

Jika terbukti bersalah, Fenster boleh dipenjara hingga 20 tahun di bawah hukum terorisme dan 20 tahun kerana hasutan.

Fenster ditahan di Lapangan Terrbang Yangon Mei lalu ketika cuba keluar dari negara itu dan kini dipenjara Insein Yangon yang terkenal kejam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru