Saturday, December 4, 2021

Suami agresif cederakan isteri hingga cedera parah ditangkap

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan sengaja mencederakan isterinya menggunakan sebilah pisau hingga menyebabkan cedera parah.

Aloysius, 35, menggangguk faham dan membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan serangan jenayah iaitu sengaja mencederakan isterinya menggunakan sebilah pisau hingga mengalami kecederaan dan boleh menyebabkan kematian.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan terbabit di tempat letak kereta hadapan sebuah gereja, Jalan Batu Kawa di sini, sekitar jam 8.30 malam, 21 Oktober lepas.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff memohon tertuduh dirujuk ke Hospital Psikiatri memandangkan tertuduh mengaku dia mempunyai masalah mental.

Afidah memerintahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Kota Sentosa untuk pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian selama sebulan mengikut Seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah, sebelum di bawa balik untuk sebutan semula kes, 10 Disember depan.

Sementara menunggu kemasukan ke Hospital Kota Sentosa, tertuduh akan terus direman di Penjara Puncak Borneo sehingga dia dibenarkan di hantar ke hospital terbabit.

Menurut laporan terdahulu, mangsa, 35, yang tidak lagi tinggal sebumbung serta dalam proses penceraian tahun meminta izin keluar keluarganya untuk bertemu suami di kawasan sebuah gereja di Jalan Batu Kawa.

Kemudian, tertuduh yang duduk bersama dalam sebuah kereta bertindak agresif menikam isterinya menggunakan sebilah pisau hingga menyebabkan cedera parah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru