Friday, August 12, 2022

Rancakkan ekonomi rakyat, negara

Secara Rawak

KUCHING: Forum Amalan Pengawalseliaan Baik (GRP) yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya GRP untuk melonjakkan produktiviti negeri, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Jaul Samion.

Menurutnya, inisiatif yang diambil oleh MPC untuk membuat forum seperti ini merupakan langkah proaktif dalam meningkatkan produktiviti untuk memanfaat perkhidmatan awam dan juga pemain-pemain industri di Sarawak.

Jelasnya, ekonomi negeri mencatat pertumbuhan ekonomi yang sederhana walaupun berhadapan dengan persekitaran global yang tidak menentu dan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi tersebut adalah sektor perkhidmatan dan pembuatan.

“Semua sektor terjejas akibat pandemik terutamanya menyebabkan sukar untuk mencapai potensi sepenuhnya, justeru tindakan proaktif perlu diambil bagi merancakkan pembangunan ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat,” jelasnya semasa merasmikan Forum Amalan Pengawalseliaan Baik (GRP) Negeri Sarawak 2021: GRP Pemangkin Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, secara dalam talian, hari ini.

Tambahnya, penjawat awam di Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS) perlu berfikiran kreatif, kritis dan kronstruktif untuk mengubah gaya kerja konvensional kepada kaedah baru yang lebih inovatif di luar kelaziman bersesuaian dengan situasi semasa untuk meningkatkan lagi produktiviti pada masa akan datang.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru