Sunday, November 27, 2022

Pemain bola hampir buta akibat letupan mercun

Secara Rawak

ESSEX: Kelab bola sepak Hashtag United di Essex memberitahu mercun yang meletup di padang pada Malam Bonfire hampir-hampir menyebabkan salah seorang pemainnya buta.

Insiden itu berlaku ketika pasukan simpanan Hashtag United menentang simpanan Concord Rangers pada 5 November di Stadium Len Salmon di Basildon.

Perlawanan Bahagian Simpanan Liga Kanan Essex dihentikan selepas mercun meletup di sekitar kaki pemain kelab Hashtag iaitu Matas Skrna.

Insiden itu disiarkan di akaun Twitter kelab tersebut.

Menurut pigeonexpress, selepas letupan itu, jurucakap kelab berkata sukarelawan ke sebuah rumah berdekatan dan meminta mereka berhenti bermain mercun dan bunga api.

Mereka bagaimanapun tidak mengendahkan permintaan itu dan masih bermain menyebabkan perlawanan itu terpaksa dibatalkan.

Kelab itu membuat laporan polis kejadian tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru