Friday, December 3, 2021

Lapan pakej rangsangan  ringankan beban rakyat

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Lapan pakej rangsangan yang diperkenalkan kerajaan Perikatan Nasional berjaya membantu mengurangkan beban rakyat ketika mengharungi pandemik.

Menurut bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, peruntukan melalui pakej rangsangan itu memberi bantuan langsung kepada rakyat.

Katanya, pakej tersebut yang bermula Pakej Prihatin pada Mac 2020 berjaya mengurangkan beban banyak pihak.

“Jadi kita berharap ekonomi negara mencapai tahap lebih baik selepas era pandemik Covid-19,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pagoh ketika membahas Rang Undang-Undang Perbekalan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Pakej tersebut diperkenalkan Muhyiddin ketika merajui pentadbiran negara selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Pakatan Harapan (PH).

Sehingga 24 September lalu, lebih 62 peratus daripada keseluruhan RM530 bilion peruntukan melibatkan lapan pakej bantuan dan rangsangan ekonomi disalur.

Ia memberi manfaat kepada 20 juta rakyat dan 2.4 juta perniagaan.

Muhyiddin juga berkata, semua pihak hendaklah bersama kerajaan membantu memulih ekonomi negara dan bukannya menuding jari menyalah mana-mana pihak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru