Sunday, May 22, 2022

Guna ayam sebagai senjata serangan

Secara Rawak

PENNSYLVANIA: Seorang wanita ditahan polis atas dakwaan menyerang wanita lain berusia 52 tahun menggunakan seekor ayam.

Insiden tersebut berlaku di pasar raya Walmart Supercenter.

Menurut Smoking Gun, Tahonee Fickes, 20, melontar seekor ayam yang dicapainya secara spontan di pasar raya itu ke arah Kimberly Pittman.

Polis memfailkan tuduhan terhadap Fickes, yang termasuk gangguan-kontak fizikal.

Mereka bagaimanapun masih menyiasat motif tindakannya.

Kedua-dua wanita tiada pertalian keluarga dan juga bukan pekerja Walmart.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru