Sunday, May 22, 2022

China minta warga waspada penularan Covid-19 melalui bungkusan 11.11

Secara Rawak

BEIJING: China memperingatkan warga sentiasa waspada berlaku penularan Covid-19 melalui kiriman bungkusan sempena festival diskaun 11.11 hari ini.

China mengeluarkan peringatan ini pada Rabu menurut The Straits Times.

Laporan mengatakan tiga pekerja di salah satu syarikat pembuat pakaian kanak-kanak positif Covid-19.

Setakat ini, pihak berkuasa China memantau 300 bungkusan dan melakukan ujian di kota kecil Guanxi, melibatkan bungkusan berkaitan pekerja yang didapati positif.

Kerajaan juga terpaksa menangguhkan sementara pengantaran bungkusan dari dua bandar Xinji dan Jinzhou yang terlibat syarikat berkaitan, termasuk mengentikan kiriman bungkusan dari Shenze.

Ketika ini, China melaporkan 39 kes baharu Covid-19 di 20 wilayah.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru