Friday, October 7, 2022

Dua rumah hangus, 19 individu termasuk tiga kanak-kanak terjejas

Secara Rawak

SIBU: Seramai 19 individu termasuk tiga kanak-kanak terjejas selepas dua buah rumah pekerja Batan Rajan Timber Sdn Bhd di Lorong 24 Jalan Ding Lik Kong terbakar semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, insiden dilaporkan sekitar jam 4.16 petang itu menyebabkan dua buah rumah pekerja jenis tidak kekal hampir musnah secara keseluruhan.

“Setibanya di lokasi kejadian, pasukan Bomba dan Penyelamat bertindak membuat pemadaman kebakaran menggunakan dua aliran dan empat nozel pada jarak 400 dengan dibantu pam angkut yang dihubungkan pada jentera bomba dan pili terdekat.

“Keadaan cuaca panas dan berangin serta tekanan air pada pili yang rendah menjadi cabaran ketika operasi pemadaman menyebabkan kedua-dua struktur rumah musnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun jelasnya, hasil kawalan kebakaran 24 minit kemudian berjaya mengawal api daripada merebak terus ke rumah ketiga di lokasi kejadian.

Menurut kenyataan tersebut, kebakaran berjaya dikawal ke rumah ketiga yang seluas lapan pintu setelah melakukan “fire brake” dengan menggunakan dua aliran dan juga tiga pancutan nozel.

Ujarnya, punca kebakaran serta taksiran kerugian kini masih dalam siasatan pasukan Forensik Kebakaran.

Insiden bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kemalangan jiwa.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru